Tuesday, January 31, 2012

Cara Terbaek didik anak2... (Copy Paste dari FB)



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”—

1 email... duet melayang...


.
.
.
.

Name jer CIMB Internet Banking tp email korang check sendiri...
pelik btol aku... dah bnyak kot kat TB.. berita.. surat khabar dah gtau penipuan intenet ni... tp masih ramai lg yg tertipu.. dah bnyak kali aku dapat email spam mcm ni.. tp dah thu tu sume menipu aku ignore jer... aku ade cara camana nak thu email tu btol ke x dari bank yg tetibe suh kite update detail kite.. tanpa kite sedar kite dah kasi sume maklumat bank kite kat penipu...skelip mate duet lesap dlm bank.. hati2 yer... kalu dapat email cam tu ke.. sila check dulu email pengirim.. mcm kat atas ni...

Saturday, January 7, 2012

Sun Set~

Releks kan badan selepas penat bekerja seharian... angkat kunci kete,start keje cari sun set.. Subhanallah... indah nya Ciptaan Allah ni...








Sun set dekat Jetty Bukit musang,penang

Wednesday, January 4, 2012

Starting 2012

1 Jan 12 : wallet hilang dlm bus.. (penyelup saku) PUDU-KANGAR. Mlm baru aku sedar wallet xda dlm beg. (call customer service block suma kad ATM)

2 Jan 12 : pagi2 kuar p wat report polis. Polis ckp xpyah wat report polis. p wat jer ic 2 pastu wat kad ATM.. I said: en.polis ni bukan tercicir.. ni kecurian.. En.polis: xpa,sama saja… #hampehbtoi…

2 Jan 12 : P JPN apply IC baru…  Starting : assalamualaikum cik… sy nak apply ic baru coz ic sy hilang.. Cik JPN : ok.. kalu kecuaian kompoun RM110 tp kalu berlaku kecurian ad report polis boleh dirunding lagi… I said: speechless.. (sila rujuk statement polis di atas) #hampehmelayangduitakuRM110.

2 jan 12 : lpas kuar dari JPN.. tros p maybank apply kad ATM baru… I said: incik kad sy hilang so sy nak apply kad baru.. En.maybank: ic please… (ic sementara) adik wat kad ni kat mana? I said: sy wat kat png.. En.Maybank: sorry adik.. disebabkan ic sementara sy hold dulu paper adik coz png cuti hari ni… sy nak confirm dgn bank kat png dulu.  I said: ok… esok sy dtg lg.. coz dah pkol 4.30pm #damnit..

3 jan 12 : kuar umah p maybank.. I said: incik.. sy yg semlm tu.. yg incik hold paper sy… En.maybank: oh.. sila duduk.. (15minit) ok.. kad adik dah siap.. p kat mesin tukar pin.. I said: thanks.. #senyum lebar coz duet dah leh bwak kuar.

3 jan 12 : bekejar2 dgn mak aku (bank utk pow) p CIMB bank. I said: incik… sy nak apply kad ATM baru.. kad sy hilang.. En.CIMB: ic.. (ic sementara) adik,xda laen2 doc ke?? lesen.. I said: incik.. wallet sy hilang so suma doc penting sy hilang.. ic,lesen,atm kad suma hilang.. En.Cimb: passport atau surat branak ad?? I said : xda incik.. (ptptn pun kena blacklist) surat branak ad kat umah png. En. CIMB : kalu mcm tu adik kena p wat report polis dulu.. ktwang xleh proses kalu guna ic sementara. #damnit.. (sila rujuk statement polis td)

3 Jan 12 : bekejar2 lg ngan mak aku p balai wat report polis (semata2 nak wat cimb kad). I said: Puan polis ni kali ke2 sy dtg balai nak wat report setelah failed yg 1st.. Mak cik Polis: nak wat report apa tu?? I said: wallet sy hilang kena curi dek pencuri dlm bus masa otw balik dri kl.. mak cik polis: adik,kalu report hilang bnyak keja ni.. nak kena siasat dulu.. nak p tgk tempat yg hilang.. I said: tp masalah nya mmg kena curi… mak cik polis: xpa mcm ni.. tulis ja kata tercicir… hilang masa otw dri umah ke kangar.. (pemalas nak mampos) I said: tp ni hilang.. kalu any happen cmana?? Mak cik polis : adik nak cepat kan.. I said: mmg la nak cepat coz sy nak wat CIMB kad pastu nak balik png lg… Mak cik polis: (30 minit kat balai) ok siap report.. baca dulu… I said: speechless… suma dlm report ngan keterangan aku langsung xsama.. trima je lah coz aku dah lambat.. mak cik polis: naik tgkat atas amek cop byar RM2 (dah la report salah mintak lak RM2 smata2 cop ja pun) #hampeh sngat la &^%$… naik tgkat atas kat pengawai polis.. tetiba kena sound coz kat report kata aku tercicir.. #bengang ya amat la aku… I said: En.polis ni bukan tecicir ni hilang!! org curi..!! puan kat bwah tu yg taip kata sy tercicir.. kata nya lambat la nak kena siasat la apa la…bla.. bla.. #apakejadah.. asap kuat dri tlinga.. I said: thank you very much!!!!

3 Jan 12 : kejar2 P CIMB bank plak… #letihgilababeng…. (Sian mak aku…) I said: incik.. nah report sy… En.CIMB : hilang ke tecicir.. I said: crita balik kat incik CIMB apa yg blaku.. En.CIMB : depa mmg mcm tu.. menda kecik depa xmau amek report… #damn it.. dari 2.30pm smpi 4.30pm aku kat cimb.. En.CIMB: adik.. dah siap kad ATM.. I said: thanks.. #senyum lebar… settle jugak akhir nya..Alhamdulillah… tggai RHB ngan lesen jer… (drama apa lg aku xtau lpas ni)

P/s: kalu hilang IC p la wat report polis… nant kena byar RM110.. pasal En dan mak cik Polis tu korang PK la sendiri.. (malas nak komen satg lg pnjang story aku) Tak Tumbuh, Tak Melata... Kalau Tak Sungguh, Orang Takkan Kata... Kan...? 

Pembuka Tahun 2012

Masih mentah

Lilypie Premature Baby tickers