Friday, April 20, 2012

Sahabat,Kawan,Rakan dan Kenalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sahabat,kawan,rakan dan kenalan.. ad perbezaan ke? bg aku,maksud sahabat,kawan,rakan dan kenalan mmg berbeza dr tafsiran die..

Aku ad KENALAN,beribu2 lemonnn.. bleh dikatan 1 m'sia la.. pramah kan aku?? kakakka... "eh...elis long time no see.. cmana skrg? brapa org anak? Bla.. Bla.. ok la elis... i gerak dulu..bye.."  tu cara aku tegur bila terjumpa kenalan aku,dia org sabah.. knl pun kejap jer.. siap pelok2 tu.. long time no see kata kan.. hahah.. bg pemikiran aku yg kejap sawan kejap x ni.. kenalan ni lebih kurang mcm kite kenal seseorang tu secara kebetulan.

Contoh: 
Si Mamat tgh tggu makwe die kat bus stand.. ad lak sorang awek ni pun tgh tggu pakwe die kat situ... si mamat ni mula tegur si awek ni... "Ermm... cik nak g mane? tggu bus ke? Bla.. Bla.. Bla.. " borak nye borak dapat sorang kenalan.. kenal kat bus stand jer... "eh... awk ni yg ari tu kat bus stand kan.." lebih kurang mcm tu la...

Aku juga ad RAKAN,ramai jugak.. rakan kampung,rakan sekolah,rakan kerja... huh... btol ke? bg aku mcm tu la...Rakan yang kite kenal di sek,di tempat keja... hari2 kita jumpa... "Anita... jom wat keja sek sama2... ajak wani,leha skali..." ok.. contoh ayat ni aku ajak dorang wat keja sek sesama... dorang ni classmate aku.. rakan kan? atas ckit dari kenalan... Cikgu,lecture,bos kat tempat keja pun boleh jd rakan kita.. yg boleh bg kite kerjasama dan berkongsi idea..

Aku juga ad KAWAN... ramai jugak... kekekke... kawan ad dikalangan Rakan.. tapi kawan boleh berkongsi minat.. contoh kawan tu same hobi dgn kita.. "Anita... lepas wat keja sek jom lepak pantai cari siput sedut.." knp aku xajak wani dgn leha skali?? sbb nyer dorang xsuke lepak pantai cari siput sedut.. ad perbezaan kan? huh... kawan kekadang kite boleh kongsi kegembiraan kite,kesedihan kite... dia boleh menjadi "good listener" sayang kat kawan aku...

Aku juga ad SAHABAT..  sahabat ni terdiri daripada Kenalan,menjadi Rakan,kemudian menjadi Kawan,dan akhir skali menjadi Sahabat yang sangat setia dgn kita.. seorang yg sngat bertanggungjawab,sentiasa ad dgn kite mase kita gembira,sedih.. good listener,storyteller kite, serius xbosan bila kita dgn die...dielah pendamping yg paling rapat dgn kite selepas keluarga kita... "yes !! she is part of my family" even die bukan darah dging kite... kite xnak kehilangan die.. die la Sahabat Sejati... org slalu ckp.. kau la Sahabat dunia akhirat aku.. (bukan yg nak bodek2 tu tau...) huh.... bukan senang kita nak dapat Sahabat yg btol2 ikhlas dgn kite.. tp xsusah juga kita nak dapat Sahabat yg ikhlas dgn kite.. dengan syarat kite sendiri kene ikhlas bersahabat dgn die... cewah... dah mcm cikgu sivik lak aku.. hahhaha...

Tu suma ap yg aku sendiri tafsir pasal Sahabat,Kawan,Rakan dan kenalan.. nak lg detail pasal ni baca kat bawah ni.. aku celop kat blog Gelagat kite.. mohon share yer En.Blogger...



Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.
Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
Just for info utk sume... ^^v


2 comments:

Yuyugojes.Vitamin Corner said...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

Linda Zehan said...

Setuju... tp susah dapat mcm tu skrg....

Masih mentah

Lilypie Premature Baby tickers