Saturday, August 25, 2012

Novel Review: Hello Mr.Perfect !

Hye korang... Hye... amboi korang... syiok sangat ke citer mohabbatein tu sampai melentok depan TV? heheh... kemain lagi kan.. Kalau dah jalan cerita kebabom punya sedih tayang 1000 kali pun xjemu orang tgk kan... Lz ingat lagi dulu masa cerita ni baru-baru kuar dekat Tv kemain lagi,xpuas tgk kat Tv kuar pergi cari plak VCD, pagi petang siang malam asyik mohabbatien jer.... amboi... siap berkotak kotak pulak tu tisu kat umah... Sedih punya pasalkan... haiyoo...

ok la.. stop pasal citer Mohabbatien tu.. sekarang ni Lz nak share dgn korang 1 novel yang Lz bli hampir 2 bulan lepas... Tajuk mungkin korang dengar mcm "ala.... Novel budak xcukup umur pun nak baca... apa kelas kau maria.." Don't Judge by The Title ok... bagi Lz la kan yg baru nak berjinak2 dalam dunia Novel ni... Not bad la jalan cerita dia... kira nya kalau Lz baca then boleh bayang setiap watak dalam kotak fikiran sama macam kat Tv kira ok la kan...

 


So,watak dalam novel ni terdiri daripada watak 1: Muhammad Izzul Islam ialah seorang jejaka yang menganggap diri nya perfect dalam segala hal. Watak 2: Alya Adriana ialah seorang gadis yang mana pada zaman study dia adalah tomboy yang telah berhijrah 100% menjadi gadis sejati disebabkan seseorang yang diminati. Watak 3:Ain ialah seorang gadis yang agak sosial,materialistik,suka berfoya-foya demi duit dia sanggup buat apa sahaja demi kepentingan sendiri. Watak 4: Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah ialah sepasang kekasih yang ingin berkahwin tetapi terikat dengan peraturan keluarga yang mementingkan aspek Langkah Bendul.

Sinopsis Novel Hello Mr.Perfect:


Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan peraturan yang ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL (walaupun mereka adalah lelaki) memaksa Arif mencari jalan penyelasaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tidak boleh berkahwin. lebih memberatkan lagi keadaan apabila keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. Alongnya, Muhammad Izzul Islam adalah seorang yang handsome, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang mendamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya yang terlalu mengejar kesempurnaan itu. Tiada pilihan,Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan sebanyak RM500,000.00 dijadikan sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan Alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan along terpaksa menawarkan dirinya. Ariff memperkenalakan Alya kepada Izzul. Pada mulanya,Izzul langsung tidak tertarik dengan Alya disebabkan wajah Alya sama seperti bekas kekasih nya dulu,tetapi lama kelamaan Izzul mula mendekati Alya disebabkan Ain bekas kekasih Izzul yang pernah menghancurkan perasan dan kasih sayang Izzul kepada Ain ketika dulu muncul semula dalam hidup Izzul. Izzul dan Alya berkahwin atas sebab kepentingan masing-masing dan lama kelamaan Alya mula jatuh hati dengan Izzul. Disaat kebahagiaan dikecapi,Ain datang semula untuk menghancurkan rumah tangga Izzul dan Ain... Adakah Izzul keliru dengan perasaan sendiri? <<KLIK>>
So.. camana? agak best x jalan cerita dia? ke bosan? kalau korang nak thu ending dia... korang kena baca novel ni tau... kang Lz cerita dari A sampai Z xbest plak.. jadi Lz nak korang sendiri tahu ending cerita ni cmana... korang boleh pegi cari Novel ni dekat kedai buku.. Harga pun xda la cekik darah, RM22.00 dan xrugi korang baca. ^_^

Penulis Novel:


No comments:

Masih mentah

Lilypie Premature Baby tickers