Thursday, May 24, 2012

9 Jenis anak Syaitan

Korang... sebelum ni korang thu x tetang 9 anak syaitan ni.. stiap seko ad plak tugas masing2 nak menghasut, tanpa kita sedar kita slalu digoda dgn nafsu syaitan walaupun kadang2 kita x prasan pun yg sebenar nye apa yg kita buat tu adalah hasutan anak2 syaitan..  ish.. ish.. so skrg aku nak share dgn korang tentang 9 eko anak syaitan laknatullah ni...

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan menbeli barang-barang yang tidak perlu.

Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Haffan
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disco,kelab malam & tempat yang ad minuman keras). 

Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai,anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga)

Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

DOA HINDARI GANGGUAN SYAITAN


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

No comments:

Masih mentah

Lilypie Premature Baby tickers