Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segala nya di hatinya..
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempaun itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat sahaja pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan 'I Love U', itu tidak bermakna dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasakan sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata2 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkanya.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang TERBAIK.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempaun berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempaun itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata "Tolong tinggalkan saya", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi buat selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percaya dia akan mencari anda. Itu tandanya dia benar2 mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling meyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan Allah indah sekali. Di sebalik air matannya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda..
Sumber ilmu dari: Di sini
7 comments:
tp syg sesetengah lelaki hanya tahu menyakiti hati :D
memang kadang2 kita ditemukan dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik sebelum kita jumpa yang btol2 sayang kita ^^v
tapi memang susah lelaki nak tahu walaupun kadang-kadang kami cuba sedaya upaya untuk tahu.wuuuuu....
sangat tepat... tapi lelaki tak pernah tahu nak faham.. huhu.. :)
its ok.. at least kamu dah cuba.. =)
andai si dia tahu...^_^
kan.. huhuh.. alangkah bahagia nya kalu si dia thu..
Post a Comment